TATKALA SYAHWAT MENJADI JALAN MENUJU TAUBAT

"Allah mahu aku menjadi baik, tetapi mengapa Allah ciptakan syahwat dalam diriku?"

"Mengapa Allah ciptakan nafsu ammarah menguasai diri ini?"

"Mengapa ada perasaan negatif dalam diri ini sehingga lupa Allah?"

"Mengapa ada semua ini!?"

"Aku bingung!"

-----

Pernahkah kita mempersoal perkara ini dalam diri kita?

Apa hikmah Allah ciptakan nafsu syahwat untuk kita?

Dalam ayat 27 Surah An-nisa' Allah menyebut:

وَٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيۡكُمۡ وَيُرِيدُ ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلشَّهَوَٰتِ أَن تَمِيلُواْ مَيۡلًا عَظِيمٗا

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.

Sebenarnya Allah sudah jelaskan kepada kita melalui ayat ini bahawa Allah menciptakan syahwat supaya kita melakukan taubat.

Dengan syahwatlah kita terasa lemah.

Kerana maksiat kita ditimpa gundah gulana.

Perasaan gundah gulana itu membuatkan kita sedar.

Lalu kita bertaubat.

Allah menciptakan syahwat supaya manusia terasa lemah dihadapan Allah, lalu manusia mencari Allah untuk mengadu dan memohon ampun kepadaNya.

Kerana syahwat kita di cintai Allah.

Jangan mencela syahwat, nafsu ammarah dan sebagainya yang ada di dalam diri kita, kerana itulah jalan pembuka cinta Allah dan juga jalan Taubat.

t.me/mutiaratadabbur

0 Comments