BAHAN-BAHAN:
150g kurma - dibuang biji (lebih kurang 2 cawan selepas chopping)
2 cawan air panas
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan butter (8 sudubesar)
1 sudubesar Goldensyrup
2 cawan gula kastor
2 biji telur - suhu bilik
3 1/4 cawan tepung serbaguna

Butterscotch Sauce:
90ml whipping cream
70g gula kastor (kalau taknak manis sgt buat 50-60g je)
30g butter (unsalted)

Tambahan:
Ready-made Cream @ Ice Cream

CARA CARA
Panaskan oven 180c
1. Satukan air panas, kurma dan soda bikarbonat. Biarkan 5 minit dan kurma menjadi lembut. Kemudian, masukkan bahan2 ini kedalam food processor. Kisar kurma.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul butter dan gula sehingga pucat dan creamy. Kemudian, masukkan telur. Putar sehingga kembang. Masukkan adunan kurma tadi dan kaup balik adunan gunakan spatula. Kemudian, ayakkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.
3. Masukkan adunan kedalam cawan cupcakes atau loyang. Bakar selama 20-25 minit. Bila dah siap, sejukkan seketika sebelum dihidang.


Membuat Butterscotch Sauce:
1. Sementara tunggu puding masak, campurkan semua bahan2 untuk sauce kedalam saucepan. Masak menggunakan api medium heat selama 5 minit. Sauce tersebut hendaklah sentiasa dikacau. Masukkan kedalam bekas yg sesuai dah siap utk dihidang.

Cara hidang:
Biarkan butterscotch sauce sejuk sedikit sebelum dicurah ke atas kek. Permukaan kek dicucuk2 sedikit supaya sauce dapat menyerap. Sedia untuk dimakan... Nyum! 
* Boleh juga dimakan dengan Karamel Sauce bagi menggantikan butterscoth sauce
* Lebih lazat kalau dinikmati dengan ready-made cream atau ice cream, jika suka.

foto dari http://leitesculinaria.com/wp-content/uploads/2009/11/sticky-toffee-pudding.jpg

Sis pernah cuba resepi ni. Ala2 Kek Gula Hangus, nama je puding, Cara nak makan tu, korang memang kena siramkan dengan Butterscotch Sauce tu, pastu colet dengan Whipped Cream, pegghhh yummmy memang heaven, moist sangat walaahh! mabeles! Cuba lah try