Semalam hari Rabu, 8hb Jun 2016 bersamaan 3 Ramadhan 1437H, adik Amer telah kembali ke rahmatullah...
Al-Fatihah untuknya....


Saya belum sempat mengenali Arwah Amer lebih dekat, anak keempat dalam keluarga biras saya. Pemergiannya meninggalkan kesan yang sayu di hati saya. Ditambah lagi dengan suatu musibah lain yang sedang dihadapi keluarga biras saya, bermakna sedang dilalui juga oleh anak perempuan saya, musibah yang sukar difahami oleh orang awam dan tak mampu untuk diceritakan.


Pada awal bulan Mei 2016, arwah ditemui pengsan hampir 3 jam di tandas kolej tempat dia belajar di Perak. Beliau pengsan diasbabkan kadar gula terlalu tinggi dalam badan (hyper) yang kemudian mengakibatkan koma. Setelah terlantar beberapa hari dalam wad ICU di hospital di Perak, akhirnya arwah sedar semula. Kisah yang sempat anak perempuan saya ceritakan, arwah Amer menangis kerana anak saya tidak membalas lambaiannya sewaktu hendak pulang dari berziarah di hospital. Selama ini Amer dikatakan agak pemalu dengan anak saya. Ya lah, anak perempuan saya pun baru 3 bulan bernikah dgn abang arwah.  Hampir seminggu selepas arwah sedar, mungkin doktor mendapati tahap kesihatannya semakin baik, dia dipindahkan ke wad biasa. Arwah dikatakan memang semakin pulih meskipun masih sedikit lemah, tapi sifatnya berbeza dan agak keanak-anakan. Keluarga biras dan saya pun menyangka mungkin ini kesan sampingan sementara akibat ubat-ubatan atau mungkin kepalanya terhentak sewaktu jatuh pengsan di tandas... tapi ini sudah cukup menggembirakan kami semua, harapan untuk dia sembuh sepenuhnya semakin terukir. Namun, subuh hari itu, akhirnya arwah pergi juga....

Semoga roh arwah tenang bersemadi dan ditempatkan bersama hamba-hambaMu yang soleh, amin...