Kalau di selatan Johor ni, mana lagi pantai yang best untuk perkelahan yang tidak dirancang, ke mana lagi kalau tak ke Batu Layar, kan. Bagi Sis, asalkan dapat tengok laut, dengar desiran ombak, berjimba sejam dua walaupun di Pantai yang sama berkali-kali pun tak apa. Cukup menyamankan. Dan menenangkan.... Asalkan tak ramai orang. Sebagai wanita Islam, perlu jaga juga ikhtilat dan aurat, bila dah basah kuyup tu kan terserlah bentuk badan kita. Belum mampu nak meninggalkan keseronokan mandi di laut ni, namun berhati-hati lah.

Bertolak seawal 5 pagi. Tiba di Batu Layar lebih kurang jam 6.30 petang, masih gelap tanah orang kata. Ada beberapa gerai yang masih bertutup. Mungkin mereka dah berkampung di situ sejak Khamis lagi sebab hari Isnin ini kan Malaysia akan menyambut Kemerdekaan yang ke-63. Pasti ramai pengunjung yang datang beriadah bersama keluarga. Syukurlah, jadi lubuk rezeki buat mereka beberapa hari ini.

Sesampai je di pantai, terus setting kamera untuk rakam suasana matahari terbit. Tapi di Batu Layar ni, view matahari naik tak berapa jelas. Kalau di Sedili, memang cantik dan jelas. Tak apa lah, yang penting rakamkan sesuatu untuk simpan di blog.

Sis memang dah siap-siap beli peralatan untuk berkelah. Dah beli Meja Piknik Aluminium yang boleh lipat tu, dan Khemah Salin Pakaian. Memang dah niat nak sering berkelah walau sekejap. Agak-agak mulai terasa numb, terus je capai 2 barang penting ni, dan vrooommm cari port santai. 

Khemah Salin Pakaian berharga RM62.00
Meja Aluminium Foldable berharga RM118.00



Serius. Laut itu memang menenangkan....




0 Comments