KEK CHEESE LELEH MABELES ( KUKUS )

Sumber resepi : Azlina Ina

Bahan2
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1sb ovalate
1sk serbuk vanila/esen vanila
Mix kan sampai kembang gebu
Sementara tu cairkan butter dan sukat 5sb
Atau 1/4 cawan ( minyak pun boleh)
Ayak kan 1cawan 1/2 tepung gandum+
1sk baking powder + 1sk soda bikarbonat
Masukkan tepung dalam bahan mix tadi dan slowkan mixer
Masuk sikit2 je ye smpai sebati semua
Dgn sudu masukkan 5 sb susu cair full cream
mix 2 minit matikan mixer

Masukkan 5sb butter cair tadi atau minyak mana2 boleh
Kaup balik sahaja..ok bile dah sebati boleh la oleskan loyang
Dan masuk adunan dalam loyang ina letak dasar loyang dgn baking paper

Paper mudah untuk keluarkan.. lapik penutup kukusan dengan tuala atau permukaan loyang tutup dengan plastik biasa dan kukus 30 minit api sederhana

Tips: kalau kukus lebih masa tengah2 kek akan mendap penting ni ye
Masak je terus terbalik kan redai. dah suam keluarkan dari loyang elak kek jadi mendap kecut

Topping
1/4 cawan whipping cream atau susu cair
1 tiub tartura cheese 250g
1 cawan susu pekat
Blender atau mixer bagi sebati
Kalau nak dapat kan leleh sket boleh tambah kan susu cair atau whipping
Kalau suke pekat sukatan ni sesuai
Siap tuang pd kek dan parut kan cheedar cheese ina guna jenama beqa

Siap!